I'M TALKING!
Don't forget to smile
My Sunshine To You All: novel on SALE!!!! HURRY REBATE IT NOW.

novel on SALE!!!! HURRY REBATE IT NOW.





Cepat2 sementara masih ada stok. Novel nie adalah sambungan kepada novel Pergilah Sepi karyaFauziah Ashari. alah, siapa yang x kenal penulis novel Ombak Rindu yang hangat diperkatakan dan dah difilemkan pun. yang  dilakonkan oleh Aaron Aziz dan Maya Karin.




(1)







Judul : Dan Sepi Pun Berlalu
Penerbit : Intens Idea International Sdn Bhd
Harga : SM RM30.00 / S & S RM33.00
penulis : Fauziah Ashari
Tahun Terbit : 2013 (Edisi 1)
Halaman : 811
ISBN : 978-967-5289-21-7

Dibuka untuk langganan mulai hari ini....
Penghantaran sekitar Disember.
Berada di toko-toko buku pada Jan'13

Butiran bank : Maybank 501 244 310046 Intens Idea International Sdn Bhd

Emel : intens@intensmedia.com.my
Faks : 07 351 6568

Selepas pembayaran, sila emel / faks slip bayaran bersama butiran diri seperti NAMA, JUDUL BUKU, NO TELEFON, ALAMAT PENGHANTARAN.

Semua langganan mendapat tandatangan FA.

Penghantaran ditanggung oleh Intens Idea (FOC - Malaysia sahaja). Bayar harga buku sahaja.

Penghantaran sudah mula dilakukan pada minggu ini dan pembayaran yang dilakukan pada minggu ini i'allah penghantaran akan dilakukan pada minggu hadapan. Sebarang masalah boleh pm personal admins iaitu Hashimah Hashim dan Rehan Makhtar dan juga penulis sendiri. tq




ini ad sedikit sedutan dr novel nie:


USAI menidurkan Ashman, Syafiq ke bilik peraduannya. Kelihatan Afiqah sibuk menjawab telefon. Entah daripada siapa dan dari mana, tidak diketahui pula. Melihat pakaian isterinya, dia tahu Afiqah juga baru pulang kerja. Pasti tidak sempat menukar pakaian langsung!
“Hisy! Pening la kepala aku jadinya.” Merungut tanpa sedar suaminya ada di belakang.
“Kalau pening, letih melayan kerenah mereka tu, duduk rumah, layan abang seorang aje. Tentu tak pening, kan?” usik Syafiq, bermaksud. Tersenyum mesra memandang isterinya. 
Biarpun berasa diabaikan sejak akhir-akhir ini, tetapi apabila bersama, tidak akan dia matikan suasana romantis itu. Tidak akan dia jadikan perkara remeh yang mengganggu hatinya ini melarat hingga berkudis dan bernanah. Buang masa sahaja melayan hati mudanya yang panas itu. 
Afiqah berpaling dengan wajah terkejut. Kemudian, dia mara ke arah meja solek sambil membuka tudung. Letih, tiada hati mahu membalas bicara ke arah ‘itu’. Lima tahun bersama, dia mengerti maksud suaminya.
“Kalau boleh, memang Iqa nak berhenti.” Sebaliknya dia serius.
“Dah tu, cabut ajelah. Abang mampu untuk isteri abang yang manis ni. Kalau bosan, office abang tu, ada aje tempat kosong untuk isteri abang yang jelita ni.” Masih mengayat.
“Prinsip orang lain, dia orang punya fasal tapi Iqa tak suka berhenti kerja dengan meninggalkan masalah pada kawan-kawan sekerja. Iqa nak pergi dengan rasa hormat antara Iqa dengan mereka.” Tidak termakan pujuk dengan pujian seorang suami.
“Ala, kita fikir masalah orang tapi mereka tu bukan fikir masalah kita pun. Abang pasti, kalau mereka nak berhenti, langsung tak fikir Iqa pun. Mesti cabut macam tu aje. Sayang kerja dengan abang seorang aje la.”
“Abang ni, tak baik tau tuduh macam tu. Dahlah, Iqa mandi dulu, ya. Letih ni.” Afiqah terus ambil baju tidurnya dan masuk ke dalam kamar mandi. 
Hampir bercantum kening Syafiq melihat lenggok isterinya. Hai...selalunya berkemban aje, ni baju masih bersarung, terus masuk bilik air. Tu, buang tabiat atau takut tu? Syafiq menyengih akhirnya. Dia menanti isterinya keluar.
Beberapa ketika kemudian... 
“Abang, esok Iqa ke Melaka, tau,” beritahu Afiqah sebaik keluar dari bilik air. Sudah lengkap berpakaian tidur. Pandangan mereka bertaut seketika. Afiqah terus ke meja solek dan menyapu losyen ke tangan dan kaki. Tidak menanti balasan daripada suaminya. 
“Berapa hari?”
“Mungkin dua tiga hari. Iqa dah beritahu Ashman. Dengan mama pun, dah.”
“Oh.” Bual bicara mereka tampak sedikit kaku. 
Syafiq terus merebahkan badannya di katil. Terkebil-kebil memandang siling. Tadi bukan main teruja menanti isterinya, kini bagai jatuh tersembam ke bumi pula. Tiada rasa apa-apa lagi. Yang tinggal, cuma sedikit terkilan. 
Hah...isteri aku beritahu aku, bukan minta izin aku. Beza, kan? Kenapa ramai orang tidak sedar hal tu? Hmm....
“Hari ni, birthday abang.” Kedengaran sayu nada Syafiq.
Gerak tangan Afiqah yang sedang menyapu losyen terhenti seketika. Dia bagaikan tersedar sesuatu. Ya, hari ini ulang tahun kelahiran suami aku. Ya Allah, kenapa aku bagaikan terlupa lagi? Bukankah tadi baru aje meraikannya? Ya Allah, aku belum ucapkan apa-apa pun lagi! 
“Seronok sangat tadi. Pandai semua orang mainkan peranan. Tutup lampu, letak kereta jauh-jauh, anak-anak pun berpakat senyap. Iqa pun pandai menipu dah.” Syafiq kerling sejenak pada isterinya.
“Tapi sekarang rasa sunyi pulak. Sekelip mata macam bukan birthday abang pulak. Hah...malangnya nasib abang.”
Afiqah menelan liur. Dia tahu suaminya sudah mengerti maksud kata-kata mamanya awal malam tadi. Afiqah masih tidak sanggup berpaling. Dia yakin Syafiq sedang memandangnya. 
Apakah malam ini tiada yang istimewa untuk suaminya? Sudahlah dia lupa membeli hadiah untuk suaminya. Sememangnya dia lupa. Kalau bukan ibu mentuanya yang mengatur, tentu saat ini dia sudah terdampar keletihan di atas katil tanpa peduli pada suami dan anaknya. Malah, pasti tiada langsung ucapan hari lahir untuk lelaki itu. 
“Kita ni macam dah jauh. Iqa tak sedar atau Iqa pura-pura tak sedar?”
Spontan Afiqah berpaling. Dia terkedu. Tanpa suara dan tidak berkelip-kelip matanya memandang wajah tampan suaminya. Sayu sahaja wajah itu.
“Abang takut kalau kita terus jauh. Nanti, jauh dari diri, jauh dari hati. Iqa tak takut?”
Afiqah termengkelan. Tidak takutkah aku?
“Abang aje yang terasa kut. Mana ada kita jauh.” Afiqah kematian kata seketika. Dia cuma bermain kata. Sememangnya kian jauh. Dia juga terasa tetapi diri sudah terperangkap dengan kerja baharu. Tambah sukar, terikat dengan kontrak pula. Kalau kerajaan pun sudah mula mengikat kontrak untuk sesetengah pekerja baharu, apatah lagi syarikat swasta. 
Barangkali pengangguran terlalu ramai. Semua orang berebut-rebut mencari pekerjaan, maka dihulur kertas kontrak jika dipilih. Mudah untuk majikan ‘menendang’ jika bekerja sambil lewa. Pasti, pekerja akan bersungguh-sungguh bekerja supaya dikekalkan. 
Maklum, bukan mudah mencari pekerjaan waktu ini. Semuanya ada baik dan buruknya. Penting sekali, belajar memperbaiki diri dan belajar setiap detik yang ditawarkan demi masa depan yang diredai.
Hah...kalau bukan syarikat lama aku tu arahkan aku ke Penang, tak adanya aku nak berhenti dan cari kerja lain.
Kelihatan Syafiq hanya menelentang tubuhnya tanpa reaksi ghairah. Tidak memandang wajah isteri lagi.
“Abang, jauh-jauh pun kita, berjumpa juga di bilik ni, kan? Sesekali tak bertemu tu, biasalah, tuntutan kerja. Ala, Iqa sapu losyen aje ni, kejap lagi Iqa datang la...layan abang seorang aje,” Afiqah senyum. Memujuk kononnya.
“Ya ke?” Syafiq serius. Dia mengiring badannya sambil memangku kepala dengan tangan sambil siku menahan di tilam. Dalam hati, di sebalik seriusnya, ada keterujaan menanti isterinya datang.
Melihat Syafiq yang bagaikan bersemangat, Afiqah maju juga akhirnya. Dia mendarat di atas katil di sisi suaminya. Mengalah biarpun penatnya bagaikan kepala sudah dihempap kelapa di belakang rumah pak usu. Rasa diri dah terhuyung-hayang. Bila-bila masa boleh pengsan! 
“Iqa masih ada kontrak setahun. Lepas ni Iqa janji Iqa berhenti kerja dan tumpukan sepenuh perhatian pada abang dan rumah tangga kita. Iqa pun sebenarnya tak menjangka kerja tu mengikat Iqa begini jauh daripada abang dan Ashman. Tapi, Ashman tak komplen pun ibu dia sibuk atau abaikan dia.” Afiqah cuba berlelucon pula. 
Seingatnya, tanggungjawab sebagai ibu dan isteri sudah tersusun dan teratur. Setiap kali berjauhan, dia akan menghubungi suami dan anaknya. Setiap kali berpergian, dia beritahu. 
Cuma, tidak dinafikan, dia amat jarang berkomunikasi dengan suami berbanding sebelumnya. Tidak dinafikan sesekali dia terus tertidur tanpa sempat bermain dan bersenda dengan Ashman. 
“Hei!” Syafiq geletek isterinya. Air muka yang tampak comel dan pura-pura berasa pelik cukup menggeramkannya. 
Afiqah gelak sebaik Syafiq meraih tubuhnya ke dalam pelukan. Dia meniarap di dada Syafiq dan terus melentokkan kepala di dada yang bidang. Sambil itu tangan Syafiq menggosok-gosok belakang badannya. 
“Abang cinta isteri abang ni.”
“Hmm...” Afiqah memejamkan mata. Terasa khayal seketika. Dan, pipi yang melekap di dada khusyuk mendengar degup jantung suaminya. 
“Abang rindu isteri abang ni.”
“Hmm...” Kian layu dan tambah asyik dek urutan suaminya. Gosokan-gosokan yang boleh menyenyapkan mindanya daripada terus berfikir. 
“Iqa tak cinta suami Iqa ni?”
Serta merta mata Afiqah terbuka. Dia diam. Menanti-nanti bicara suaminya namun berharap persoalan mati begitu sahaja.
Suasana senyap. Lama. Afiqah senyum dan mahu menutup mata kembali. Sebaik matanya rapat sahaja... 
“Macam tak ada respons aje. Abang tak cakap dengan patung peraga pakaian di butik-butik tu, kan?”
Afiqah panggung kepala perlahan-lahan. Rasa bersalah pula. Matanya mencari anak mata suaminya. Rasa letihnya bagaikan hilang. Bicara suaminya benar-benar mengajaibkan diri. Longlai berubah segar! 
Sekelipan wajah Zikri bertandang. Sejurus itu, dia memejam mata. Usai itu, dia merebahkan kepalanya ke dada Syafiq semula. Menutup rapat matanya sambil melayan usapan jari-jemari Syafiq yang sudah beralih ke rambut.

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF U LIKE

No comments:

Post a Comment

This blog is fully designed by THIS GIRL/ Alright reserved by ASMA MAHMOOD